Ikuti Kami:

“Sebagai Produser, Saya Muhasabah Diri” – Jung Woosung Respon Kritikan Buat ‘The Silent Sea’

“Sebagai Produser, Saya Muhasabah Diri” – Jung Woosung Respon Kritikan Buat ‘The Silent Sea’

Tak dinafikan “The Silent Sea” menjadi bualan ramai sejak ianya ditayangkan beberapa minggu lalu.

Walaupun dibarisi pelakon hebat seperti Gong Yoo dan Bae Doo-na selain dilengkapi dengan kos belanja yang banyak, siri berkenaan sepertinya menerima respon bercampur daripada penonton.

Sebagai produser, sudah pasti ianya memberikan kesan pada Jung Woo-sung. Jawabnya mengenai perkara itu,

Siri ini diriliskan pada Disember lalu dan saya menjalani 24 ke 25 haribulan dengan perasaan yang tak tenang. Saya sentiasa muhasabah diri.

netflix the silent sea

Jelasnya,

Apabila anda muncul sebagai pelakon, awak hanya perlu beri perhatian sebaik mana watak itu dihidupkan. Tapi sebagai produser, awak perlu melihat keseluruhan persiapan produksi itu. Selepas ‘Squid Game’, semakin banyak perhatian diberikan kepada ‘kandungan Korea’ jadi ianya agak membebankan. Apabila mendengar pelbagai komen dari sana dan sini, saya masih cuba menerimanya dengan tenang.

Menyebut mengenai “Squid Game”, Jung Woo-sung turut berkongsi tentang Lee Jung-jae yang merupakan bintang siri berkenaan merangkap rakan sehidup sematinya. Malah produser itu tidak teragak-agak menyebut nama Lee Jung-jae yang paling atas dalam ucapan terima kasih buat “The Silent Sea”,

Dia merupakan seorang yang sentiasa memerhati dan menyokong walaupun saya tidak berkata apa-apa. Terdapat satu rasa syukur yang ada padanya, lebih daripada memberikan sesuatu seperti hadiah. Jadi, tiada siapa yang lain melainkannya untuk tempat pertama dalam senarai itu.

jung woosung

Untuk pengetahuan, “The Silent Sea” yang berlatar belakangkan masa hadapan membawa kisah pasukan elit yang menjalani misi khas di sebuah pangkalan ditinggalkan di bulan selepas kekurangan sumber di bumi.

Mungkin boleh diperbaiki lagi nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...