Ikuti Kami:

“Sebagai Ibu, Tolonglah..” – Ibu Mendiang Moonbin ASTRO Pohon Berita Buruk Berhenti Disebar

“Sebagai Ibu, Tolonglah..” – Ibu Mendiang Moonbin ASTRO Pohon Berita Buruk Berhenti Disebar

Hampir dua bulan berlalu, ramai yang rasanya masih terkesan dengan pemergian Moonbin ASTRO.

Meskipun seharusnya berlalu dengan tenang, tapi ada suara sumbang yang masih lagi mengeluarkan spekulasi mengenai kematian idola itu. Disebabkn itu, ibu mendiang mengeluarkan kenyataan rasmi agar tidak menyebarkan berita tak berasas berkenaan anaknya,

Hello, ini ialah ibu Bin.

Pertama sekali, saya menerima pujukan dek keikhlasan peminat yang walaupun jauh perjalanan, namun sanggup datang ke tempat peringatan Moobin dan meninggalkan surat bermakna serta meninggalkan bunga.

Sebenarnya, saya sangat berterima kasih. Saya berharap agar kesemua peminat berasa tenang dan sentiasa sihat.

Sebab saya menulis surat ini kerana, walaupun semua orang sedang berkabung dan mengingati anak saya, tetapi terdapat khabar angin tak berasas yang bermula di kalangan komuniti kecil di laman atas talian.

Khabar angin seperti ini sangat sukar dilihat oleh saya sebagai seorang ibu, dan saya juga risau sekiranya disebabkan oleh khabar angin palsu ini, ramai yang akan terbeban, dan peminat yang sedang berkabung akan lebih terluka.

Saya tak mahu anak saya menjadi bahan gosip dan saya meminta agar anda semua tidak memulakan sebarang khabar angin ataupun menyebarkan berita yang tidak sahih.

Saya tak mahu peminat yang menyintai Bin sesungguhnya menjalani hidup dengan hati terluka. Saya sejujurnya berterima kasih pada semua yang berkabung dengan sedalamnya.

moonbin astro

Semoga ibu Moonbin dan keluarganya baik-baik sahaja.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...