Ikuti Kami:

Sebagai Co-CEO Agensi, Kang Yewon Dikritik Biar FreeZia Sendiri & Didakwa Sorok Umur Sebenar

Sebagai Co-CEO Agensi, Kang Yewon Dikritik Biar FreeZia Sendiri & Didakwa Sorok Umur Sebenar

Selepas kisah FreeZia menjadi bualan ramai sepanjang minggu ini, nama pelakon Kang Ye-won juga turut disebut semua.

Untuk pengetahuan, wanita itu merupakan co-CEO kepada agensi Hyowon CNC yang merupakan rumah kepada Song Ji-a. Malah personaliti media sosial itu pernah mendedahkan sebelum ini bahawa Kang Ye-won merupakan individu yang meyakinkannya untuk menyertai syarikat itu. Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat sering bersama termasuklah menyertai rancangan “Point Of Omniscent Interference” dan “Knowing Brother” baru-bari ini sekaligus membuktikan keakraban keduanya.

freezia kang yewon

Pun begitu, selepas FreeZia menerima kritikan ramai dek pengakuan menggunakan pelbagai barangan palsu baru-baru ini, Kang Ye-won dilihat memilih jalan selamat dengan menjauhkan diri daripada isu berkenaan. Malah rakan niaganya, CEO Kim Hyo-jin yang banyak mengeluarkan kenyataan buat peserta “Single’s Inferno” itu. Bahkan, pelakon itu dilihat cuba memutuskan hubungan dengan FreeZia apabila memadam kesemua gambar mereka bersama sebelum meletakkan Instagram miliknya dalam mod privasi selepas menerima kritikan ramai.

Tidak berhenti di situ, netizen mendapati bahawa Kang Ye-won telah menipu mengenai umur sebenarnya. Sering memberitahu bahawa hari lahirnya ialah 15 Mac 1980 namun ternyata tarikh sebenarnya ialah 15 Mac 1979.

Tak cukup dengan itu, pelakon berkenaan pernah mengatakan bahawa dia merupakan rakan sekolah pelakon Cho Seung-woo yang dilahirkan pada 1980.

kang yewon

Menjawab spekulasi itu, ini ialah respon agensinya,

Walaupun profil Kang Ye-won menyatakan bahawa dia lahir pada 1980 namun sebenarnya ia adalah 1979. Informasi mengenai 1980 itu digunakan sejak awal debutnya lagi dan ianya diperturunkan daripada agensi lamanya.

Semakin banyak yang dibongkarkan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...