Ikuti Kami:

“Sebab Tu Kadar Kelahiran Rendah..” – Wartawan Korea Ini Dikritik Perli Girls’ Generation ‘Andartu’

“Sebab Tu Kadar Kelahiran Rendah..” – Wartawan Korea Ini Dikritik Perli Girls’ Generation ‘Andartu’

Tiada angin tiada ribut, tak semena-mena nama Girls’ Generation terpalit dengan satu perbincangan yang tak dijangka.

Terbaru, satu artikel yang ditulis oleh Insight telah tular di satu laman komuniti Korea. Artikel itu ditulis seolah-olah mempersoalkan usia kesemua ahli yang sudah menginjak ke pertengahan 30-an namun masih lagi tidak mendirikan rumah tangga.

Jelas wartawan itu,

Sejak kemunculan mereka, Girls’ Generation, yang muncul menjadi bintang mendapat banyak perhatian, mengekalkan aktiviti kumpulan mereka sambil menjalani aktiviti peribadi. Pada tahun 2017, mereka bahkan memperoleh gelaran ‘Emperor K-pop’ dengan menduduki tempat pertama dalam ‘Top 10 Kumpulan Gadis K-pop Terbaik 10 Tahun Lalu’ yang dipilih oleh Billboard.

girls' generation

Tambahnya lagi,

Disebabkan aktiviti jangka panjang mereka, para ahli kini telah memasuki pertengahan umur mereka. Termasuk ketua Taeyeon, Sunny, dan Tiffany, yang dilahirkan pada tahun 1989, di mana mereka berusia 35 tahun dalam umur Korea tahun ini. Sooyoung, dilahirkan pada Februari 1990, dan YoonA, dilahirkan pada Mei 1990, berusia 34 tahun. Yang termuda, Seohyun, juga akan berusia 33 tahun dalam beberapa bulan.

Artikel tersebut turut membandingkan Girls’ Generation dengan kumpulan gadis lain yang muncul pada sekitar waktu yang sama dan membuktikan bahawa mereka lebih memilih untuk memberikan tumpuan buat kerjaya berbanding perkahwinan. Malah ada yang mengatakan bahawa ini adalah antara sebab kadar kelahiran di Korea kian menurun.

girls' generation

Marah peminat yang membaca tulisan ini,

Kenapa mereka bercakap tentang kadar kelahiran rendah di sini?

 

Mereka berjaya dan mereka menyukai pekerjaan mereka.

 

Mereka tidak perlu berkahwin hanya kerana mereka berada pada usia untuk berkahwin.

 

Jika sudah masanya untuk berkahwin, mereka akan berkahwin,

 

Kenapa perbualan ini dihalakan kepada kadar kelahiran rendah?

 

Mereka tidak begitu tua pun lah..

Jahat mulut..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...