2 ahli dah undur diri, BIGBANG nampaknya hanya tinggal 3 ahli kini.
Sebelum ini, T.O.P sendiri telah mengumumkan bahawa dia bukan lagi ahli BIGBANG. Malahan ketika ulang tahun debut mereka yang ke-18, lelaki itu dilihat terus ‘block’ akaun Instagram peminat yang menandakannya di gambar kumpulan itu.
Dengan ini, ada beberapa peminat menebak T.O.P ada isu peribadi dengan bekas rakan sekumpulannya itu dan tidak ingin lagi dikaitkan dengan mereka.
View this post on Instagram
Namun baru-baru ini, G-Dragon sepertinya telah menafikan dakwaan tersebut selepas dia dilihat menggunakan lagunya “Intro” kolaborasi bersama T.O.P sebelum ini, dalam video yang dimuat naik di Instagram.
Komen peminat,
- GDTOP 💛💛😭
- Pemilihan lagu tu..
- Ini maknanya mereka dah berdamai atau GD mahu di ‘unblock’ 😭
Eh eh..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.