Siapa yang tengah layan drama “See You in My 19th Life” sekarang?
Bagi yang belum tahu, “See You in My 19th Life” yang diterajui Ahn Bo-hyun dan Shin Hye-sun, mengisahkan mengenai kemunculan semula Ban Ji-eum. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya raya yang menguruskan WW Entertainment, sebuah agensi hiburan.
Terbaru dalam episod 3 yang ditayangkan pada minggu lalu, netizen percaya bahawa drama itu akan terus popular selepas ia membawa kembali salah satu babak penting dalam sesebuah K-Drama.
Khususnya, penonton tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila melihat iklan Subway yang dipaparkan dalam adegan di mana watak Ahn Bo-hyun menikmati roti sandwic, sambil membincangkan tentang perniagaan bersama Ha Do-yoon (Ahn Dong-goo).
Y’ALL, THE KDRAMA WORLD IS HEALING. LOOK, IT’S THE SUBWAY AD. 🤧🤧#SeeYouInMy19thLifeEp3 #SeeYouInMy19thLife pic.twitter.com/SQZ7cFKNz5
— am (@vincassanova) June 24, 2023
Selain itu, penonton juga menyatakan bahawa sudah lama iklan Subway tidak dilihat dalam K-Drama dan bergurau bahawa drama itu akan berjaya di peringkat teratas sekiranya melibatkan rangkaian makanan popular itu. Antara komen yang ditulis,
Subway, iklan K-Drama terbesar!
Kalau ada Subway, mesti drama ni akan popular.
Awak tahu drama itu best bila ada penampilan Subway.
Memang teruja betul bila nampak Subway dalam K-Drama!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉