Siapa yang kenal Kim Jong-kook pastinya tahu yang dia seorang yang berjimat-cermat kan?
Menerusi laman komuniti dalam talian, satu siaran yang membincangkan tentang jumlah kad kredit Kim Jong-kook telah hangat menjadi perbualan.
Khususnya menerusi program “My Little Old Boy”, Kim Jong-kook memberitahu bahawa dia jarang membelanjakan wangnya dan turut mendedahkan bil kad kredit bulanannya,
Ia kurang daripada 1 juta won sebulan. Mungkin 900,000 won (RM 2,809)?
Soal Eun Ji-won terkejut,
Bukankah bil telefon bimbit pun termasuk dalam kad kredit? Kalau tolak 100,000 won, maknanya awak boleh hidup hanya dengan 800,000 won sebulan?
Membuatkan ramai tertawa, Kim Hee-chul kemudian menambah,
Jong-kook hyung, awak tak makan ke?
Bukan sahaja rakan artis, netizen yang menonton siaran itu turut terkejut dan meninggalkan komen,
- Sebab ni lah dia tak boleh berkahwin.
- Itulah sebabnya dia boleh beli rumah besar.
- Saya rasa dia kedekut hanya pada diri dia sahaja.
Baguslah kan tak banyak hutang?