Ikuti Kami:

Sebab Masalah Kesihatan, JinJin ASTRO Tangguh Semua Aktiviti & Ambil Tempoh Berehat

Sebab Masalah Kesihatan, JinJin ASTRO Tangguh Semua Aktiviti & Ambil Tempoh Berehat

JinJin ASTRO akan berehat sementara daripada semua aktiviti kerana masalah kesihatan.

Pada 6 Februari, Fantagio telah mengumumkan bahawa JinJin akan mengambil tempoh untuk berehat dan menjalani rawatan. Kenyataan penuh agensi adalah seperti berikut:

Hello, ini Fantagio.

Pada petang 5 Februari, disebabkan perubahan mendadak dalam keadaan JinJin, dia pergi ke hospital untuk diperiksa. Walau bagaimanapun, walaupun dia berehat selepas itu, keadaannya tidak menjadi lebih baik. Jadi pada awal 6 Februari, dia kembali ke hospital untuk pemeriksaan terperinci, dan dia dinasihatkan oleh doktornya bahawa dia memerlukan banyak rehat dan rawatan.

Kami akan memaklumkan anda tentang jadual masa depannya selepas memantau keadaan kesihatan JinJin. Kami menganggap kesihatan artis adalah keutamaan kami, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu artis kami pulih dengan cepat.

Sekadar info, acara ‘ED LIVE Artist Class’ dan perjumpaan bersama peminat bagi JinJin serta Rocky ASTRO, yang dijadualkan pada 6 Februari juga telah ditangguhkan, bagi memberi keutamaan buat kesihatan artis tersebut.

astro jinjin

Semoga cepat sembuh JinJin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...