Ikuti Kami:

Sebab Masalah Jadual, Jun Somin Disahkan Tidak Sertai ‘The Sixth Sense’ Musim Ke-3

Sebab Masalah Jadual, Jun Somin Disahkan Tidak Sertai ‘The Sixth Sense’ Musim Ke-3

Jun So-min telah disahkan tidak akan muncul dalam musim ketiga “The Sixth Sense”, akibat masalah penjadualan aktivitinya.

Pada 22 Februari, seorang pegawai dari program hiburan tvN “The Sixth Sense” memberitahu Maeil Business Star Today,

Jun So-min tidak akan mengambil bahagian dalam musim ketiga ‘The Sixth Sense’. Disebabkan kecederaan kaki Jun So-min, jadual penggambaran drama yang dijadualkan lebih awal daripada ‘The Sixth Sense’ telah ditangguhkan, jadi, pelarasan harus dilakukan. Pasukan produksi dan agensi bekerja keras untuk menyelaraskan jadual, tetapi akhirnya, Jun So-min tetap tidak boleh sertai.

Bagi yang belum tahu, Jun So-min yang menjalani pembedahan kaki pada 19 Januari, kini sedang melakukan penggambaran drama baharu JTBC “Cleaning Up” selepas pulih. Apabila ditanya sama ada terdapat ahli tambahan yang akan menggantikan So-min,

Ahli tambahan masih belum dipastikan lagi, tetapi tetamu akan muncul buat masa ini.

jun somin sixth sense 3

Sementara itu, “The Sixth Sense 3” akan memulakan tayangan pada 11 Mac ini, dengan 5 ahli tetap lain Yoo Jae-suk, Lee Sang-yeob, Jessi, Oh Na-ra dan Lee Mi-joo. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...