Ikuti Kami:

Sci-Fi Thriller Tentang Pengembaraan Masa, Joo Won & Kim Heesun Cabar Diri Bawa Watak Baru Dalam ‘Alice’

Sci-Fi Thriller Tentang Pengembaraan Masa, Joo Won & Kim Heesun Cabar Diri Bawa Watak Baru Dalam ‘Alice’

Setelah lama menyepikan diri daripada dunia K-Drama, kini pelakon hebat iaitu Joo Won dan Kim Hee-sun kembali dalam sebuah drama terbaru bertajuk “Alice”.

“Alice” ialah thriller sci-fi mengenai seorang detektif yang menemui kewujudan pengembaraan masa dan bertemu dengan seorang saintis yang mempunyai iras ibunya yang sudah mati. Daripada situ, mereka berlumba untuk membongkar rahsia mengenai penggembaraan masa dan takdir.

Watak yang dibawa oleh Joo Won ialah Park Jin-gyeom ialah seorang detektif yang tidak mempunyai emosi. Untuk karakter ini, pelakon tersebut perlu menyeimbangkan pelbagai babak aksi yang mencabar dengan ketiadaan emosinya. Bagi peminatnya, Joo Won memang dikenali sebagai seorang pelakon yang sentiasa mencabar pelbagai watak baru selain drama lakonannya juga sentiasa mendapat perhatian orang ramai.

alice joo won

Apabila bertanya kenapa memilih “Alice” sebagai projek pertamanya selepas tamat latihan khidmat ketenteraan, ini jawapan Joo Won.

Saya tertarik dengan konsep yang baru dan karakter yang menarik itu. Semua orang pasti akan boleh memahami kisah mengenai ibu, tetapi konsep pengembaraan yang diperkenalkan adalah sesuatu yang unik. Saya merasakan ia adalah segar berbanding projek lakonan yang lain.

Joo Won juga berkongsi kesukaran untuk meluahkan pemikiran dalaman karakter tersebut tanpa sebarang emosi.

Park Jin-gyeom dilahirkan tanpa sebarang emosi tetapi dia mampu membesar dengan usaha keras ibunya. Saya tak boleh luahkan emosi seperti orang lain, jadi saya cuba sampaikannya melalui pandangan mata. Saya cuba tonjolkan sedikit emosi dengan pergerakan ekspresi yang sedikit sahaja. Ada segelintir perkara yang menyentuh hati Park Jin-gyeom, jadi saya mahukannya memberi impak.

Bukan sahaja Joo Won, malahan Kim Hee-sun juga telah menyediakan dirinya untuk watak dalam drama thriller aksi. Bahkan pelakon wanita popular ini turut sentiasa mencabar dirinya dengan pelbagai genre baru, di antaranya drama remaja, drama trendy, melodrama, thriller dan pelbagai lagi.

alice kim heesun

Untuk “Alice”, Kim Hee-sun menyahut cabaran dalam satu genre yang baru dalam bentuk thriller sci-fi. Wanita itu akan membawa dua watak berbeza dengan wajah yang serupa tetapi umur yang berbeza iaitu dalam lingkungan 20-an dan 40-an. Malahan, pihak produksi drama tersebut turut memuji kejituan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kim Hee-sun yang sentiasa melakukan yang terbaik semasa penggambaran.

Serius dah tak sabar nak saksikan gandingan hebat Joo Won dan Kim Hee-sun! Saksikan “Alice” bermula 28 Ogos ini di saluran SBS.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...