Ikuti Kami:

SBS Umum Ahli M.O.M Dari ‘Hangout With You’ Bakal Muncul Sebagai Tetamu Di ‘Running Man’

SBS Umum Ahli M.O.M Dari ‘Hangout With You’ Bakal Muncul Sebagai Tetamu Di ‘Running Man’

Ingat tak Yoo Jae-suk penuh sebut bahawa dia sedang merancang kolaborasi antara “Hangout With You” dan “Running Man” sebelum ini? Nampaknya ia akan menjadi kenyataan tak lama lagi!

Terbaru, pihak program SBS itu telah mengumumkan bahawa mereka sedang menjalani penggambaran “Running Man” bersama MSG Wannabe sebagai tetamu,

Ahli M.O.M iaitu Parc Jae-jung, KCM dan Wonstein menyertai penggambaran ‘Running Man’ yang sedang berlangsung sebagai tetamu hari ini. Ianya bakal ditayangkan Februari ini.

m.o.m running man

Turut dianggotai oleh Ji Suk-jin, M.O.M ditubuhkan menerusi projek MSG Wannabe di “Hangout With You” sebelum ini selain mendapat perhatian ramai dan lagu yang diriliskan mereka tersenarai tinggi dalam carta muzik.

Rata-rata penonton meluahkan rasa teruja dengan berita ini memandangkan agak sukar untuk dua stesen penyiaran berlainan untuk berkolaborasi untuk rancangan yang sama.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...