Ikuti Kami:

SBS Lapor Jenama CELINE Taja Lisa BP, V BTS & Park Bogum

SBS Lapor Jenama CELINE Taja Lisa BP, V BTS & Park Bogum

Kecoh satu berita di mana jet peribadi yang dinaiki oleh tiga artis terkenal, Lisa BLACKPINK, Park Bo-gum dan juga V BTS ke Paris baru-baru ini, sepenuhnya ditaja oleh Lisa. Serius lah?

Berita itu mula menjadi buah mulut netizen apabila satu gambar dimuat naik oleh seorang juruter jet peribadi melalui akaun Instagram miliknya, (@lbvirus_). Jurutera itu berkongsi gambar ruang dalaman jet peribadi tersebut dan akaun Instagram Lisa BLACKPINK turut di ‘tag’ pada ‘Instagram Story’ itu. lisaApabila gambar yang dimuat naik itu berjaya meraih pelbagai reaksi daripada peminat, jurutera itu kemudiannya berkongsi bahawa jet peribadi itu sepenuhnya ditaja oleh Lisa BLACKPINK untuk ke Paris.

Namun, berita itu akhirnya diperjelaskan oleh pihak media Korea sendiri kerana jet peribadi itu sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh pihak ‘Celine’ sendiri untuk mereka bertiga. Pihak media berjaya menepis berita tersebut dalam kadar yang agak cepat demi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan netizen. lisaJurutera itu walau bagaimanapun, setakat ini masih belum tampil untuk membetulkan tindakannya. Mungkin dia rasa bersalah sampai tak mahu buat pengakuan kan?

Syabas buat pihak media Korea kerana berjaya mengatasi perkara ini dengan pantas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...