“Sayangnya, Mereka Sangat Sepadan” – Yoon Kyesang & Lee Honey Berpisah Selepas 7 Tahun Bercinta

‘Selamanya’ itu hanyalah janji dan tak semestinya bakal diikuti sehingga ke akhirnya. Sama juga dengan hubungan di antara pelakon terkenal iaitu Yoon Kye-sang dan Lee Honey yang dikhabarkan sudah putus selepas 7 tahun menyulam kasih.

Menurut laporan media, pasangan itu membuat keputusan untuk meletakkan titik noktah kepada hubungan cinta mereka dan kembali kepada hubungan profesional iaitu sebagai rakan sekerja sahaja.

Mula bercinta sejak tahun 2013, Yoon Kye-sang dan Lee Honey langsung tidak segan untuk menyebut mengenai hal pasangan masing-masing di hadapan media malahan mereka juga sering keluar bertemu janji. Bahkan pasangan ini dilihat keluar bersama-sama pada Mac lepas.

yoon kyesang dan lee honey berpisah

Walaupun baru dilaporkan oleh pihak media, tetapi rata-rata kenalan serta teman rapat mereka sudah pun sedia maklum mengenai perpisahan Yoon Kye-sang dan Lee Honey dan turut berasa sedih dengan keputusan mereka untuk berpisah.

Agensi naungan kedua-dua selebriti tersebut iaiu Saram Entertainment turut mengesahkan berita tersebut.

Kedua mereka berpisah baru-baru ini dan membuat keputusan untuk kembali sebagai rakan sekerja sahaja.

Disebabkan mereka sudah 7 tahun bercinta, kebanyakan peminat berharap agar hubungan tersebut berakhir sehingga ke gerbang perkahwinan tetapi nampaknya angan-angan itu musnah akhirnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply