Ikuti Kami:

“Sayang Sangat..” – Song Hyekyo Luah Rasa Kesal Tak Dapat Berlakon Dengan Han Sohee

“Sayang Sangat..” – Song Hyekyo Luah Rasa Kesal Tak Dapat Berlakon Dengan Han Sohee

Nampaknya, Song Hye-kyo dan Han So-hee masih belum berpeluang untuk berlakon bersama dalam sebuah drama.

Sebelum ini, Song Hye-kyo dan Han So-hee telah menerima tawaran untuk terajui drama “The Price of Confession” namun telah menarik diri atas sebab tertentu.

Terbaru dalam satu temu bual, Song Hye-kyo meluahkan perasaannya tidak berpeluang untuk berlakon dengan Han So-hee. Dia berkata,

Han So-hee nampaknya adalah seorang kawan yang baik. Alangkah baiknya jika kami boleh berlakon bersama tetapi ia mengecewakan kami – saya, So-hee dan pengarah Shim Na-yeon. Jadi, kami berpisah sambil berkata ‘Jom kita bertemu lagi suatu hari nanti’.

song hyekyo han sohee

Sambung pelakon wanita itu lagi,

Sayang sekali kerana saya ingin tahu perasaan bekerjasama dengan pelakon berbakat yang bergema dengan generasi muda MZ (Milenial) pada era ini. Bagaimanapun, terdapat banyak karya pada masa ini yang memfokuskan kepada kisah wanita jadi saya percaya peluang lain akan datang.

Mana tau mereka akan berlakon bersama nanti kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...