Meriah habis tau konsert Kai di Malaysia!
Terbaru pada 24 Mei, Kai telah menghiburkan peminatnya di Malaysia menerusi konsert solo ‘KAION’ di Kuala Lumpur, bertempat di Mega Star Arena.
Membuka pentas dengan lagu “Mmmh”, lelaki itu turut memeriahkan lagi suasana dengan lagu popularnya yang lain seperti “Rover”, “Peaches” dan termasuklah lagu barunya “Adult Swim”.
FANCAM 🎥 | 250524 #KAI performing ‘Rover’ @ <KAION> Concert Tour in Kuala Lumpur#KAI_KAION #KAION #KAIONinKL#EXO #엑소 @weareoneEXO pic.twitter.com/Et4jSgnUwG
— EXO GLOBAL (@EXOGlobal) May 24, 2025
Selain itu, peminat juga dapat lepas rindu selepas melihat Kai mempersembahkan medley lagu EXO iaitu “My Lady”, “Baby Don’t Cry” dan “Angel”.
Di penghujung konsert, penyanyi itu sempat meluahkan rasa terima kasihnya kepada semua yang hadir dan berkata,
Terima kasih EXO-L, sayang korang.
Untungnya siapa yang pergi!