Ikuti Kami:

“Sayang Korang” – Kali Pertama Ke Malaysia, BABYMONSTER Cipta Kenangan Indah Bersama 16,000 Peminat

“Sayang Korang” – Kali Pertama Ke Malaysia, BABYMONSTER Cipta Kenangan Indah Bersama 16,000 Peminat

Semalam, BABYMONSTER telah ‘terbang’ ke Malaysia untuk konsert jelajah ‘Hello Monsters’, yang berlangsung di Axiata Arena.

Dengan lebih kurang 16,000 peminat memenuhi stadium, BABYMONSTER pastinya semakin bertenaga dan memang ‘all out’ dari awal hingga akhir persembahan mereka.

Membuka pentas dengan lagu “Drip”, kumpulan itu terus menghiburkan MONSTIEZ dengan lagu popular mereka yang lain seperti “Batter Up”, “Sheesh”, “Forever” dan banyak lagi.

Ketika di penghujung konsert, ahli juga sempat meluahkan rasa terima kasih mereka dengan memberikan ucapan dalam Bahasa Melayu. Ucap Asa,

Terima kasih kerana datang hari ini. Ia adalah masa yang sangat berharga seperti hadiah. Sayang korang! Jumpa lagi, janji.

Sementara itu, ahli yang lain turut mengucapkan perasaan gembira mereka dan berjanji akan kembali ke Malaysia lagi.

Comel betul diorang ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...