Ikuti Kami:

“Sayang..” – Cinta Song Jihyo & Kim Jongkook Kembali Berputik?

“Sayang..” – Cinta Song Jihyo & Kim Jongkook Kembali Berputik?

Hubungan antara pengacara Kim Jong-kook dan pelakon Song Ji-hyo sekali lagi mencuri perhatian dengan suasana romantis yang mencuit hati.

Dalam episod “Running Man” baru-baru ini, rancangan itu mencatatkan rating penonton 2.4% dalam kalangan penonton berusia 20 hingga 49 tahun mengikut Nielsen Korea, menjadikannya rancangan varieti nombor satu pada slot waktu tersebut. Kadar tontonan tertinggi pada satu minit mencecah sehingga 5.4%.

Race kali ini bertemakan “Kisah Para Peniaga: Hanya Mereka yang Menjual Akan Bertahan,” di mana ahli dibahagikan kepada pasukan Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook. Mereka perlu menjual barangan melalui lelongan.

song jihyo

Pasukan Kim Jong-kook pula menuju ke Seongsu-dong. Song Ji Hyo, yang juga bergiat aktif sebagai CEO, berkata, “Kalau kita rasa kita sendiri nak beli barang tu, baru orang lain akan nak juga,” dan Kim Jong-kook tersenyum bangga sambil berkata, “Dengar tu, CEO pun dah mula bagi idea.”

Ketika itulah Song Ji-hyo secara spontan memanggil Kim Jong-kook sebagai “yeobo” (sayang/suami), mengejutkan semua ahli. Ji-hyo segera membetulkan dengan berkata, “Saya sebenarnya nak cakap ‘yeoboseyo’ (hello di telefon),” menyebabkan suasana menjadi meriah.

Pandai eh dorang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...