Ikuti Kami:

“Saya Yang Tulis Komen ‘Running Man Tak Seronok Sejak Lee Kwangsoo Tiada'” – Lee Kwangsoo

“Saya Yang Tulis Komen ‘Running Man Tak Seronok Sejak Lee Kwangsoo Tiada'” – Lee Kwangsoo

Akhirnya Lee Kwang-soo membuat kemunculan istimewa dalam saluran YouTube milik Kim Jong-kook baru-baru ini.

Seperti yang dijangka, lelaki tinggi lampai itu terus ‘dibuli’ daripada awal hingga ke akhir episod berkenaan.

Selain daripada kehidupan peribadi, Kim Jong-kook turut bersembang dengan Lee Kwang-soo mengenai “Running Man”. Tanya lelaki berbadan sasa perasaannya selepas meninggalkan program itu,

Ada komen yang mengatakan bahawa program ini dah tak seronok kerana Lee Kwang-soo tiada, dan mereka akan berhenti menontonnya.

lee kwangsoo gym jongkook

Seloroh Lee Kwang-soo,

Saya yang tulis tu.

Tanya Kim Jong-kook,

Awak sedih tak ‘Running Man’ masih bersiaran dengan baik meskipun ada komen sebegitu?

lee kwangsoo gym jongkook

Balasnya,

Tak langsung. Saya tulis komen itu untuk menutup cerita. 

Walau bagaimanapun, Lee Kwang-soo mengakui bahawa ada ketika bahawa dia mahu muncul dalam “Running Man”,

Semasa menonton ‘Running Man’, saya ada terfikir bahawa saya akan muncul semula dan ‘saya pasti akan lakukan dengan baik sekiranya terus muncul’. FIkiran itu tak pernah hilang.

lee kwangsoo gym jongkook

Tambahnya lagi, dia merasakan bahawa pasti seronok sekiranya boleh menyertai episod bersama atlet bola tampar Kim Yeon-kyung.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...