Selepas 10 episod, drama “Red Swan” telah pun melabuhkan tirainya.
Dalam satu temu bual yang dilakukan selepas drama itu tamat, Rain ada bercakap tentang wataknya yang mempunyai hubungan dengan isteri orang iaitu Oh Wan-soo (Kim Ha-neul).
Untuk pengetahuan, Seo Do-yoon (Rain) merupakan pengawal peribadi kepada Oh Wan-soo namun akhirnya, dia jatuh cinta padanya. Mengenai kontroversi tentang hubungan watak mereka, Rain menjelaskan,
Ini bukan mengagungkan hubungan luar nikah. Ia adalah aspek penting untuk ditangani dan saya juga rasa bercanggah mengenainya. Itulah sebabnya saya lakukan banyak perbincangan dengan penulis, pengarah dan Kim Ha-neul. Saya dengan yakin boleh katakan ia bukan hubungan sulit.
Sambungnya lagi,
Ada yang mungkin tertanya ‘Kenapa kena ada adegan cium?’. Ia adalah kesilapan yang didorong oleh rasa kasihan dan tarikan bersama. Kami tidak melihatnya sebagai hubungan sulit tetapi sebagai sesuatu yang boleh berlaku.
Haa korang puas hati tak dengan ending?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.