Ikuti Kami:

“Saya Yakin..” – Jessi Dedah Terima Banyak Tawaran Lakonan Di Amerika Syarikat

“Saya Yakin..” – Jessi Dedah Terima Banyak Tawaran Lakonan Di Amerika Syarikat

Selain nyanyian, adakah Jessi akan mengembangkan lagi kerjayanya dalam bidang lakonan pula?

Terbaru dalam siaran 31 Oktober program radio “Choi Hwajung’s Power Time Radio”, Jessi telah tampil sebagai tetamu bagi mempromosikan lagu barunya “Gum”.

Dalam siaran itu, wanita tersebut turut menyatakan hasratnya untuk berlakon di masa hadapan,

Sudah tentu saya minat untuk berlakon. Muzik adalah impian saya tetapi apabila saya melakukan ini, lebih banyak impian jadi kenyataan. Apabila melihat diri saya sendiri, saya boleh melakukan apa sahaja yang saya fikirkan. Ini benar untuk semua orang.

jessi

Kemudian, Jessi turut mendedahkan bahawa dia telah menerima banyak tawaran lakonan di Amerika Syarikat namun terpaksa menolaknya kerana sibuk dengan jadual di Korea.

Bagaimanapun, penyanyi “ZOOM” itu mengaku,

Saya benar-benar mahu berlakon dan saya yakin saya boleh melakukannya dengan baik.

Korang rasa watak apa yang sesuai untuk Jessi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...