Ikuti Kami:

“Saya Tunggu..” – Song Joongki Dedah Ingin Cuba Mainkan Watak ‘Ini’ Di Masa Hadapan

“Saya Tunggu..” – Song Joongki Dedah Ingin Cuba Mainkan Watak ‘Ini’ Di Masa Hadapan

Sudah lama menjinak dalam dunia lakonan, Song Joong-ki pastinya ingin menunjukkan sisi barunya kepada penonton.

Baru-baru ini, Song Joong-ki telah terlibat dengan satu temu bual di sebuah program dan ada berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Ketika diminta untuk menjelaskan mengenai perbezaan drama dan filem, pelakon itu menjawab,

Drama masih menjalani penggambaran semasa penyiaran jadi apabila menerima maklum balas negatif, ia mengecewakan. Dengan filem, awak perlu menunggu maklum balas itu selepas penggambaran tamat, tetapi ia bagus kerana tiada tekanan.

Kemudian, Song Joong-ki juga turut berkongsi watak yang dia ingin cuba mainkan di masa hadapan,

Saya sedang menunggu tawaran watak vampire.

Mendengar jawapan itu, pengacara Lee Dong-jin terus berkata,

Saya fikir awak sesuai dengan watak itu kerana kebiasaannya, watak seperti itu sering dimainkan oleh pelakon yang sedang berada di puncak mereka.

Semoga impian Song Joong-ki tercapai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...