Selepas fenomena rancangan realiti mencari pasangan, “Single’s Inferno”, kini satu lagi rancangan realiti baru berjaya menambat hati peminat iaitu “Somefing”.

Rancangan realiti “Somefing” itu, menampilkan 5 orang pengacara dan salah seorangnya ialah Kim Jin-woo WINNER. Satu video pra-pelancaran “Somefing” telah dimuat naik di platform “wavve” untuk episod yang akan datang.
Video teaser untuk episod yang akan datang tersebut menunjukkan satu pesta yang hebat diadakan dan disertai oleh peserta lelaki dan wanita yang cuba menjalinkan hubungan secara semula jadi antara satu sama lain.Sewaktu meneliti keadaan peserta-peserta di pesta tersebut, pengacara Jo Se-ho sempat bertanyakan kepada pengacara yang lain mengenai pengalaman mereka dalam ‘flirting’. Dia berkata kepada Kim Jin-woo bahawa,
Wajahnya kelihatan seperti seseorang yang suka ‘flirting’.
Bagaimanapun, pengakuan yang dibuat oleh Jin-woo amat mengejutkan kesemua pengacara.
Saya sebenarnya tidak pernah menerima sebarang pengakuan cinta daripada mana-mana wanita pun.
Lalu dia turut ditanya lagi jika dia pernah ditolak kerana membuat pengakuan cinta kepada sesiapa. Lalu, dia menjawab,
Saya tidak pernah ditolak juga.
Pengakuan itu sememangnya berjaya mengejutkan kesemua pengacara. Korang macam mana… pernah terima pengakuan cinta tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.