Umum pasti mengetahui bahawa terdapat pelbagai kelayakan untuk menjadi seorang idola K-Pop.
Baru-baru ini, Sana TWICE telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube bintang “Single’s Inferno” Kim Jin-young atau lebih dikenali sebagai DEX.
Dalam siaran itu, Sana ada berkongsi tentang rutin pemakanannya semasa menjadi pelatih. Apabila dia fikir dia telah menambah berat badan, idola itu mengaku dia pernah melakukan diet melampau.
Semasa saya menjadi pelatih, saya begitu tertekan dan berat badan saya naik. Ada masanya saya hanya bertahan dengan hanya 8 biji tomato ceri sehari.
Bagaimanapun, wanita itu berkata bahawa dia tidak melakukan diet sebegitu lagi sekarang dan mengawal pemakanannya tanpa tekanan dari sesiapa.
Saya mengawal diri saya sendiri selepas debut. Saya akan berkata ‘Jangan campur urusan saya!’.
Fuhh, semoga Sana sentiasa sihat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.