Ikuti Kami:

“Saya Tersedu Juga”- Biasa Ketawa, Ramai Sebak Ahli ‘The Sixth Sense’ Menangis Dengar Ayat Sokongan

“Saya Tersedu Juga”- Biasa Ketawa, Ramai Sebak Ahli ‘The Sixth Sense’ Menangis Dengar Ayat Sokongan

Biasa dipenuhi gelak ketawa, episod terbaru “The Sixth Sense” nyata membuatkan ramai menangis kerana melihatkan ahlinya yang mempunyai bebanan yang disimpan rapi.

Dalam episod ini, mereka perlu mencari cara meredakan tekanan yang palsu. Kisah sedih bermula apabila Jessi meluahkan keinginan untuk mempunyai anak kini kerana tidak mendapat kepuasan dengan kariernya meskipun meraih wang yang banyak.

Di tempat kedua, mereka perlu menjerit nama mana-mana ahli dan mengungkapkan kata-kata yang dimahukan oleh mereka. Berselang-seli jeritan ‘awak dah lakukan yang terbaik’, mereka kemudiannya menangis kerana tidak mampu mengawal emosi.

Bermula daripada Jun So-min dan Oh Na-ra, Jessi serta Mi-joo dan Loco juga tidak menahan rasa sebak mereka. Ayat sokongan itu nyata mampu menyentuh hati mereka meskipun biasa sahaja.

Komen penonton:

Semasa Yoo Jae-suk menjerit nama ‘Seung-ah’ (nama sebenar Lee Mi-joo), saya dah mula menangis. Sepertinya dia betul-betul menghargai Mi-joo.

 

Saya perasan kadang-kadang wajah So-min seperti risau, semoga dia tidak terlalu terbeban. Awak sudah lakukan yang terbaik sekarang ini!

 

Saya ingin lakukannya pada Yoo Jae-suk kerana dia sudah melakukan yang terbaik sampai sekarang.

 

Setiap orang, pastinya memerlukan pujukan daripada sesiapa. Siapa sangka perkataan ‘awak dah lakukan terbaik’ mampu menyesakkan dada semua.

 

Saya pun turut menangis semasa menonton episod ini.

Mungkin kita tak perasan, tapi ramai yang sebenarnya memerlukan sokongan seperti ini. Tak perlu pun bantuan yang menuyusahkan, hanya ayat yang baik pasti akan menyentuh hati seseorang itu. Betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...