Gong Hyo-jin akhirnya berkongsi mengenai kesukaran merakam drama “When The Stars Gossip”.
Dalam video bertajuk “Sesuatu Yang Saya Betul-Betul Nak Cakap, Walaupun Dah Lewat”, Gong Hyo Jin menceritakan beberapa kisah di sebalik tabir produksi, dan meluahkan rasa penat yang amat sangat kerana kesukaran melakonkan babak tanpa graviti. Dia mengimbas kembali saat-saat di mana beliau terpaksa menjalani penggambaran selama lebih 15 jam dengan bergantung pada dawai, dengan hampir separuh daripada masa itu dihabiskan dalam keadaan tergantung di udara.
Sejujurnya, kecuali satu episod daripada enam belas, semuanya berlaku di angkasa. Penggambaran untuk babak tanpa graviti mengambil masa yang sangat lama. Satu episod pun ambil masa lebih dua bulan untuk disiapkan… Semasa penggambaran di udara, peredaran darah saya sangat teruk sampai saya terpaksa jerit, ‘Tolong turunkan saya sekarang!’ Saya sendiri tak percaya saya mampu bertahan selama setahun bekerja untuk drama ni.
Walaupun banyak usaha telah dicurahkan dan bajet besar sebanyak RM153.9 juta telah diumumkan, “When The Stars Gossip” gagal memikat penonton dan menerima banyak ulasan negatif—termasuk ada yang melabelkannya sebagai “drama Korea paling teruk pernah diterbitkan.”
Pelakon itu mengakui bahawa “jalan ceritanya agak kompleks” dan wanita itu risau “penonton mungkin susah nak ikut.”
Setiap aspek penggambaran drama ni adalah pengalaman baru. Saya asyik tertanya-tanya sama ada praproduksi perlu jadi serumit itu. Ada bahagian yang ambil masa sehingga dua tahun untuk disiapkan dalam pascaproduksi. Jalan ceritanya memang agak sukar, dan saya rasa mungkin susah untuk penonton faham.
Gong Hyo-jin turut berseloroh,
Saya rasa tak ada siapa yang akan berani buat drama angkasa lepas lagi dalam masa terdekat.
Harap Gong Hyo-jin bertabah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.