Ikuti Kami:

“Saya Terkejut Lihat Aksi Intim Lee Jongsuk & Song Jihyo” – Park Boyoung

“Saya Terkejut Lihat Aksi Intim Lee Jongsuk & Song Jihyo” – Park Boyoung

Siapa yang biasa menonton “Running Man” sejak dahulu lagi pastinya tahu bahawa mereka sering melakukan misi rahsia antara tetamu dan ahli terpilih.

Dalam episod terbaru ‘MMTG’ di YouTube, Park Bo-young yang datang mempromosikan filem “Concrete Utopia” bersama Lee Byung-hun dan Park Seo-joon. Di kesempatan itu, pelakon wanita itu turut menceritakan kejadian disebalik insiden semasa rakaman “Running Man” bersama Lee Jong-suk pada 2014.

park boyoung song jihyo

Ulas hos yang menceritakan bagaimana ekspresi Park Bo-young yang melihat misi rahsia Song Ji-hyo dan Lee Jong-suk pada ketika itu sebagai hubungan intim,

Lee Jong-suk dan Song Ji-hyo yang perlu melingkar lengan secara rahsia tapi Park Bo-young menyangka mereka benar-benar mempunyai hubungan.

Akui wanita tersebut, dia berasa keliru pada ketika itu,

Kenapa mereka tak boleh menyembunyikan hubungan itu dan melakukan perkara sedemikian? Bahkan saya tak percaya apabila mereka mengaku ada misi rahsia.

park boyoung song jihyo

Bagi yang tidak mengetahui, dalam episod “Running Man” itu, Lee Jong-suk dan Song Ji-hyo dipilih sebagai pasangan rahsia dan perlu menyelesaikan misi pada setiap pusingan namun mereka berjaya ditangkap oleh ahli lain.

Comel kan Park Bo-young?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...