Lee Je-hoon memang seorang yang baik kan?
Minggu lalu, pelakon “Taxi Driver” itu telah menyinari Plenary Hall, KLCC bagi berjumpa dengan peminat tempatan menerusi acara peminat ‘Lee Je Hoon’s Favourite’.
Perjumpaan itu berlangsung selama 2 jam dan lelaki itu tidak lekang melayan kesemua peminat dengan senyuman, lawak santai, nyanyian hebat, serta layanan yang tak terhingga.
Terbaru, Lee Je-hoon dilihat memuat naik entri di Instagram bagi menghargai peminat Malaysia. Malah kapsyen pada entri berkenaan ditulis sepenuhnya di dalam bahasa Malaysia,
Peminat di Malaysia! Saya benar-benar terkejut dengan kasih sayang anda. Saya pasti akan melawat Malaysia lagi! Saya cinta korang semua.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, dalam acara yang sama, Lee Je-hoon mengesahkan bahawa dia akan kembali dengan “Sginal 2” dan “Taxi Driver 3” tak lama lagi.
Sayangnya dia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.