Ikuti Kami:

“Saya Terkejut” – Kim Hyesoo Puji 3 Pelakon Baru Ini Dalam ‘Juvenile Justice’

“Saya Terkejut” – Kim Hyesoo Puji 3 Pelakon Baru Ini Dalam ‘Juvenile Justice’

Dielopori oleh pelakon hebat, namun “Juvenile Justice” nyata bertambah mendebarkan de lakonan hebat yang ditonjolkan oleh para pelakon yang membawa watak pesalah bawah umur.

Hal itu dipersetujui sendiri oleh Kim Hye-soo yang melakonkan watak Shim Eun-seok, seorang hakim yang membenci pesalah bawah umur dan melalui pelbagai realiti hidup semasa bertugas di mahkamah juvenil.

Menerusi temubual bersama media, pelakon wanita itu teleh menyebut Lee eon, Hwang Hyun-jung dan Kang Chae-yeon sebagai pelakon amatur yang memberikan persembahan terbaik di dalam siri itu.

kim hyesoo

Berkenaan watak Baek Sung-woo (Lee Yeon) iaitu pelajar berusia 13 tahun yang mengakui membunuh, kata Kim Hye-soo,

Jantung saya berdetak semasa pertama kali melihatnya. Ianya berdegup dengan kuat. Saya tak boleh membayangkan Baek Sung-woo semasa pertama kali membaca skrip. Tapi apabila melihat Lee Yeon, terasa seperti Baek Sung-woo berdiri di situ.

Lee Yeon ialah pelakon wanita berusia 28 tahun yang membawa watak lelaki d dalam siri ini. Biasa membuat kemunculan dalam filem bebas, wanita ini pernah membintangi siri “D.P” sebagai adik watak Jung Hae-in.

lee yeon juvenile justice

Pelakon kedua yang disebut oleh Kim Hye-soo ialah Hwang Hyun-jung yang membawa watak Han Ye-eun. Mempunyai kecelaruan identiti, wataknya yang ‘psikotik’ nyata meninggalkan kesan di dalam fikiran penonton.

Dia muda dan tak pernah berlakon langsung. Tapi bakatnya semasa membawa watak itu nyata mengejutkan saya. Katanya, dia turut mencari kes yang sama berlaku di luar negara. Sepertinya Han Ye-eun benar-benar wujud semasa penggambaran berlangsung dan rasanya, saya melihat Lee Jung-hyun di dalam ‘A Petal’.

Hwang Hyun-jung yang berusia 18 tahun langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman berlakon. Meskipun amatur, namun gadis itu mampu membawa watak yang sukar meskipun itu ialah percubaan pertamanya.

hwang hyunjung juvenile justice

Akhir sekali, Kim Hye-soo menyebut mengenai Kang Chae-yeon di mana dia berlakon sebagai Kang Sun-ah iitu mangsa rogol yang mahukan keadilan meskipun ihina masyarakat.

Saya hanya berjumpa dengannya di dalam satu babak sahaja. tapi dia sangat fokus dengan wataknya dan cuba meluahkannya dengan tenang. Persembahannya mempunyai kekuatan yang membuatkan saya menanyakan namanya selepas penggambaran tamat.

kang chaeyeon juvenile justice

Walaupun muda namun setiap daripada mereka memberikan persembahan terbaik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...