Ikuti Kami:

“Saya Terima Perhatian Luar Biasa..” – Hyun Bin Ulas Soal Populariti ‘Crash Landing On You’

“Saya Terima Perhatian Luar Biasa..” – Hyun Bin Ulas Soal Populariti ‘Crash Landing On You’

Hyun Bin telah menjadi bintang muka depan bagi majalah Dazed Korea edisi musim bunga!

Hyun Bin yang bakal berkahwin dengan Son Ye-jin tidak lama lagi, tampak kacak dalam penggambarannya baru-baru ini bersama majalah Dazed. Selepas penggambaran, Hyun Bin terlibat dengan sesi temu bual di mana dia berborak soal kepopularitian drama lakonannya bersama bakal isterinya iaitu “Crash Landing On You”. Menurutnya,

Saya menerima perhatian yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada peminat di seluruh dunia selepas ‘Crash Landing on You’. Saya dapat merasakan bahawa kisah, kewarganegaraan dan latar belakang budaya kita diterima dengan lebih meluas oleh orang lain. Saya menerima surat peminat dari tempat yang tidak dijangka di seluruh dunia.

Pelakon itu juga bercakap tentang penggambaran bagi filemnya “The Point Men” di Jordan. Dia berkongsi,

Saya masih ingat krew tempatan yang bersama saya sepanjang penggambaran. Mereka sangat baik dan sentiasa penuh tenaga. Saya difahamkan bahawa ia adalah satu-satunya filem Korea yang menamatkan penggambaran di luar negara di tengah-tengah kekeliruan.

hyun bin dazed korea

Hyun Bin, yang tidak pernah berehat begitu lama seperti ini sepanjang kariernya, menyatakan kebimbangannya yang mendalam tentang lakonan,

Saya rasa saya telah menjadi terlalu pemurah kepada diri saya sendiri kerana saya cenderung untuk menerima perkara-perkara yang sudah biasa saya lakukan, seperti berlakon metodologi, corak ekspresi, dan cara tafsiran baharu. Sama seperti cara pandangan objektif anda pudar apabila anda menerima lebih banyak pujian kosong, perkara yang sama berlaku kepada lakonan.

Nampak seri bakal pengantin Hyun Bin tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...