Jeon So-min luah rasa syukur kepada bekas bintang bersamanya Park Sung-hoon atas sokongannya!
Pada 6 Januari, So-min telah memuat naik gambar trak kopi di Instagramnya, yang dihantar oleh Park Sung-hoon ke set drama “Show Window: The Queen’s House”. So-min menulis kapsyen,
Ayah Park! Terbaik terbaik terbaik! Saya terharu. Saya dah minum dengan baik~ Terima kasih Sung-hoon Oppa.
Jeon So-min dan Park Sung-hoon sebelum ini pernah membintangi dua drama istimewa KBS berbeza, “Review Notebook of My Embarrassing Days” pada 2018 dan “Hee Soo” tahun lepas.
Sementara itu, “Show Window: The Queen’s House” dibintangi Song Yoon-ah sebagai Han Sun-joo, ratu kepada keluarganya yang kelihatan sempurna, dan Lee Sung-jae sebagai Shin Myung-seob, suaminya yang menipu, bermuka dua. So-min membawa watak sebagai Yoon Mi-ra, yang berkawan dengan Han Sun-joo, sambil diam-diam menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya di belakangnya.
Jangan lupa tonton drama “Show Window: The Queen’s House” yang kini sudah ditayangkan hingga episod ke-12!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.