Selepas ‘The Idol’, adakah Jennie akan menemui penonton dengan projek lakonannya yang seterusnya?
Baru-baru ini, Jennie telah tampil dalam program temu bual Jennifer Hudson, bagi berkongsi butiran mengenai album solonya akan datang iaitu ‘Ruby’.
Selain bercakap tentang muzik barunya, wanita itu turut menjawab sekiranya dia akan kembali dengan lebih banyak projek lakonan pada masa terdekat ini. Katanya,
Sudah tentu ya, tetapi sekarang saya mahu fokus pada album saya sahaja.
Jelas penyanyi ‘ExtraL’ itu,
Saya pastinya sangat suka menonton filem dan setiap kali saya menonton filem baru, saya akan mendapat inspirasi daripadanya dan terfikir bagaimana rasanya jika saya melakonkan watak itu.
Bagaimanapun, Jennie berkongsi bahawa dia lebih fokus mencari inspirasi untuk album terbarunya berbanding lakonan kini.
Sementara itu, album Jennie ‘Ruby’ akan dikeluarkan pada 7 Mac ini. Nantikan!