Sebagai seorang yang lebih senior, Key SHINee pastinya ingin sentiasa menunjukkan contoh yang baik buat artis junior.
Baru-baru ini, NCT WISH telah muncul sebagai tetamu menerusi saluran radio “Cultwo Show”, bagi mempromosikan keluaran album terbaru mereka.
Namun, penampilan mereka telah dikritik ramai kerana tingkah laku atau sikap mereka yang dianggap kurang ajar.
Khususnya ketika siaran langsung, ahli dilihat sering menundukkan pandangan, memberikan jawapan pendek, bercakap dengan pertuturan tidak jelas dan sering memaparkan sikap yang pasif.
Bukan sahaja penonton yang memberikan reaksi negatif malahan, NCT WISH juga telah ‘ditegur’ oleh Key yang meninggalkan mesej,
Saya sedang menonton. Tolong buat lebih baik.
Bagi yang belum tahu, NCT WISH adalah kumpulan rookie yang baru sahaja melakukan debut mereka pada awal tahun lalu.
Mungkin tengah nervous kot..