Ikuti Kami:

“Saya Telah Malukan…” – Ravi Luahkan Perasaan Kesal Atas Perlakuannya Dalam Surat Tulisan Tangan

“Saya Telah Malukan…” – Ravi Luahkan Perasaan Kesal Atas Perlakuannya Dalam Surat Tulisan Tangan

Hmm..

Penyanyi rap, Ravi, yang didapati bersalah kerana cuba untuk mengelak daripada melakukan perkhidmatan ketenteraan dengan memalsukan keputusan epilepsi telah menyatakan kekesalannya di mahkamah rayuan.

Pada 31 Oktober, perbicaraan rayuan telah diadakan di mahkamah daerah Seoul untuk sembilan orang termasuk Ravi dan Nafla, yang tertuduh telah melanggar Akta Perkhidmatan Tentera.

Ravi telah mengaku kesalahannya serta berasa menyesal di atas perbuatannya itu. Malah, bekas ahli kumpulan VIXX itu juga telah menulis sepucuk surat.

Katanya,

Saya telah menghabiskan hari-hari saya dengan mengingati kembali kesalahan saya. Saya cuba untuk jadi yang terbaik sebab saya nak buat orang yang saya sayang bangga dengan saya, tetapi saya silap. Saya telah memalukan diri saya dengan memilih untuk menggunakan jalan pintas serta melakukan jenayah demi untuk mencapai matlamat saya.

ravi

Tambahnya,

Jika anda beri saya peluang, saya tidak akan pernah sesekali melupakan kesilapan saya sepanjang hidup saya. Saya juga akan cuba untuk menjadi orang yang lebih baik lagi selepas ini.

Manakala, Nafla yang juga merupakan rakan sekerja Ravi telah menafikan tuduhan yang menimpa dirinya.

Ravi pun dah sedar akan kesilapan yang dia buat, semoga urusan Ravi untuk kes ini dipermudahkan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...