Sebagai kumpulan K-Pop global yang dicintai oleh peminat seluruh dunia, BTS pastinya harus menghadapi pelbagai pengalaman yang tidak menyenangkan.
Antaranya ialah isu mengenai peminat fanatik yang kadangkala terlampau ‘obses’ sehinggakan melampaui batas. Sebelum ini, telah ada banyak cerita mengenai peminat fanatik atau digelar sebagai peminat ‘sasaeng’ ini, seringkali cuba untuk menceroboh privasi ahli BTS dengan mengintai mereka, membocorkan maklumat peribadi, menghubungi mereka, dan macam-macam lagi tindakan yang mengerikan.
Terbaru, pada 5 April, Jung-kook telah membuat siaran langsung di saluran VLive rasmi BTS. Jung-kook yang kini sedang berada di Las Vegas berkongsi,
Saya baru sahaja makan malam dengan Bang PD dan ahli, dan saya sedikit mengantuk. Tapi saya nak buat VLive ni. Saya mahu melakukannya ketika saya dikuarantin, tetapi saya tidak boleh, jadi saya sangat kecewa. Saya hanya melakukan ini kerana saya merindui kalian.
Sedang seronok berborak bersama peminat, tiba-tiba Jung-kook mendapat satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali melalui telefon di bilik hotelnya. Dia berkata,
Saya ada panggilan telefon kena jawab.
Belum sempat menjawab, panggilan itu terus diputuskan. Jung-kook pada awalnya menganggap bahawa ada orang yang tersalah memasukkan nombor bilik. Namun, tidak lama kemudian, Jung-kook masih mendapat panggilan dari nombor yang sama berturut-turut. Dia kemudian berkata sambil memberi amaran,
Siapakah itu? Tolong jangan ‘prank call’ saya. Nada dering telefon itu agak mengganggu saya sekarang. Ia agak menyeramkan.
https://twitter.com/Bucin_siagus/status/1511258528379731969
Selepas itu, deringan telefon itu berterusan tetapi ia terputus sebaik sahaja Jung-kook cuba untuk menjawab telefon. Jung-kook berkata,
Awak sedang menonton ini, kan? Siapakah itu? Siapa awak dan kenapa awak telefon saya secara prank? Siapakah itu? Saya tidak suka bunyi deringan telefon ini. Ia menjengkelkan. Saya takut. Saya rasa tidak selesa. Saya terkejut dan saya merinding apabila mendengar bunyi itu.
Dia mendapat panggilan lagi beberapa minit kemudian. Jung-kook sekali lagi meluahkan rasa takut dan tidak selesa,
Siapakah itu? Siapakah itu? Saya takut. Saya rasa saya watak utama filem seram kerana skrin telefonnya juga rosak. Saya sangat tidak suka bunyi ini. Saya semakin merinding.
Akhirnya, kakitangan yang sedang menonton siaran langsung terus datang ke bilik Jung-kook dan menyelesaikan isu ini.
Haih…jadi peminat pun kena ada batas tau.