Ikuti Kami:

“Saya Takut..” – 5 Tahun Berlakon, Hani EXID Ulas Tidak Popular Hingga Terajui Drama Provokatif

“Saya Takut..” – 5 Tahun Berlakon, Hani EXID Ulas Tidak Popular Hingga Terajui Drama Provokatif

Walaupun aktif sebagai idola sebelum ini namun Ahn Hee-yeon atau Hani EXID semakin terkenal sebagai pelakon kini.

Menerusi sebuah temubual rasmi, wanita itu menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sebab utama dia mahu mendalami bidang lakonan dengan lebih tekun termasuklah teater,

Sudah 5 tahun saya berlakon. Saya seronok sepanjang tempoh itu namun merasakan saya kekal di tempat yang sama. Jadi, saya mahu penuhkan ia dengan stimulasi baru dan nasib baik, saya menerima tawaran untuk menyertai teater. Saya merasakan yang saya akan capai apa yang dimahukan menerusi lakonan teater,

ahn heeyeon

Jelasnya,

Saya berasa sangat takut. Saya selalu bermeditasi selama sejam sehari namun sebelum teater ini, saya menenangkan diri sejam penuh tanpa gagal. Ianya sangat membantu.

Walaupun popular sebagai idola namun sepertinya Hani gagal meraih rekod yang baik bagi drama lakonannya. Dari rating 0% untuk “Idol: The Coup”, wanita itu turut menemui kegagalan apabila naskhah lain seperti “Call It Love” tidak mendapat perhatian selain percubaan membawa watak provokatif dalam “Fantasy Spot” juga tidak membuahkan hasil.

Semoga Hani berjaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...