Ikuti Kami:

“Saya Takkan Bertanggungjawab” – Ibu Tipu Wang Guna Akaun Bank Han Sohee, Agensi Beri Respon

“Saya Takkan Bertanggungjawab” – Ibu Tipu Wang Guna Akaun Bank Han Sohee, Agensi Beri Respon

Siapa sangka figura ibu yang patut melindungi kadang-kadang merupakan dalang yang mungkin menjatuhkan anak itu sendiri.

Sebelum ini, media ada melaporkan Balai Polis Bangbae, Seoul telah menerima laporan mengenai seorang ibu selebriti wanita yang didakwa menipu wang sebanyak 85 milion won (RM289,755) pada 25 Februari. Khabarnya, wanita itu meminjam daripada kenalan daripada Februari 2018 ke September 2019 dan berjanji akan membayar bunga yang banyak, namun langsung tidak membayarnya.

Bekas wartawan yang aktif di YouTube iaitu Lee Jin-ho mendedahkan bahawa wanita berkenaan merupakan ibu kepada pelakon popular Han So-hee. Menurutnya, wanita itu meminjam duit menggunakan akaun bank di bawah nama Han So-hee di mana ianya dibuka semasa pelakon itu di bawah umur dan diuruskan olehnya. Dia dikatakan telah menggunakan akaun anaknya itu selama beberapa bulan sementara akaun miliknya tidak boleh melakukan transaksi.

ibu han sohee

Malah ibu Han So-hee dan plaintif mengalami pertikaian mengenai jumlah yang perlu dibayar dek tidak menulis sebarang kontrak. Ulas wanita itu,

Salah saya kerana tidak membayar wang itu pada masanya. Saya akan bekerja keras untuk membayar hutang tanpa menfailkan bankrap.

Bukan sekali ini, ibu Han So-hee pernah terpalit dengan kes hutang lain beberapa tahun lalu. Malah pelakon itu pernah mendedahkan bahawa dia sudah cuba membayar hutang yang ada sejak memulakan kariernya.

Mengenai pendedahan terbaru ini, agensi Han So-hee telah memberikan kenyataan rasmi di mana pelakon itu tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan ibunya itu.

Dalam proses meminjam wang, ibunya menggunakan akaun bank di bawah nama Han So-hee.

Malah terdapat kes lain yang sama sebelum ini,

Terdapat juga kes memalsukan dokumen peribadi.

han sohee

Menurut kenyataan itu lagi, Han So-hee tidak akan menyentuh langsung dalam proses membayar hutang itu,

Ia merupakan agenda bersiri dalam memeras wang daripada anaknya memandangkan dia ialah seorang selebriti.

Memang benar kita tidak boleh memisahkan hubungan ibu dan anak. Saya meminta maaf kepada semua yang terluka dek hal ini.

Akhir kata,

Saya memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan dek hal peribadi dan bukannya hal kerja. Sila fahaminya.

Semoga Han So-hee kuat hadapi dugaan ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...