Ikuti Kami:

“Saya Tak Tahu Kenapa Orang Nak Saya Mati” – Nam Joohyuk Ulas Watak ‘Twenty Five, Twenty One’

“Saya Tak Tahu Kenapa Orang Nak Saya Mati” – Nam Joohyuk Ulas Watak ‘Twenty Five, Twenty One’

Sedar tak sedar, kita dah sampai ke minggu terakhir siaran “Twenty Five, Twenty One”.

Terbaru, Nam Joo-hyuk telah berkongsi sedikit kisah mengenai drama itu menerusi klip bertajuk “Twenty-Five Twenty-One Journalist Exam for Nam Joo-hyuk” yang dikongsi oleh agensinya, Management Soop.

Salah satu soalan yang ditanya ialah supaya dia melengkapkan ayat “Menerusi Twenty Five, Twenty One”, Nam Joo-hyuk……” bagi tajuk artikel yang akan dikeluarkan selepas drama itu tamat. Sambungnya,

… karier selepas 10 tahun dinantikan ramai.

nam joohyuk baek yijin

Jelasnya,

Saya mahu diingati sebagai seorang pelakon yang bekerja keras.

Nam Joo-hyuk turut sempat mengulas lanjut mengenai teori wataknya Baek Yi-jin yang dikatakan mati,

Saya terima banyak panggilan, bertanyakan mengapa saya mati. Say tak tahu kenapa ramai yang mahu saya mati. Saya rasa ada kuasa jahat.

nam joohyuk baek yijin

Sambungnya lagi kecewa,

Hentikannya. Sila berseronok menonton lebihan drama ini. Ia akan memaparkan banyak sisi lagi. Jadi, sila teruja dan menonton hingga ke penghujungnya.

Maknanya Baek Yi-jin dewasa akan muncul nanti kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...