Ikuti Kami:

“Saya Tak Tahu Kenapa Minhwan Mahu Bercerai” – Yulhee

“Saya Tak Tahu Kenapa Minhwan Mahu Bercerai” – Yulhee

Dalam program “All By Myself”, Yulhee mendedahkan buat kali pertama mengapa dia telah bercerai dengan Choi Min-hwan.

Sebelum ini, Yulhee dan Choi Min-hwan menjadi perhatian ramai kerana berkahwin muda meskipun bergelar idola. Pasangan ini memaparkan kehidupan bahagia dengan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan namun selepas lima tahun berkahwin, mereka memilih untuk berpisah.

Yulhee berkongsi bahawa krisis berlaku bermula tahun ke-4 perkahwinan mereka. Apabila ditanya bila krisis itu bermula, dia berkata,

Saya tidak menyangka ia akan berlaku, jadi perceraian itu mengejutkan saya.

yulhee

Tambahnya,

Saya mempunyai banyak kenangan gembira, jadi saya tidak pernah merasakan ada krisis; saat saya menyedarinya, ia seperti neraka bagi saya.

Tak lama kemudian, mereka memutuskan untuk bercerai demi kebaikan satu sama lain atas kesefahaman yang semakin berkurang. Apabila ditanya jika sukar untuk membangkitkan keputusan mahu berpisah, Yulhee memberikan jawapan mengejutkan,

Saya tidak membangkitkan [topik perceraian] dahulu, jadi saya tidak pasti tentang itu.

Mungkin itu yang terbaik buat mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...