Ikuti Kami:

“Saya Tak Tahu Dia Akan..” – Song Joongki Kongsi Perkembangan Anak Lelaki Pertama

“Saya Tak Tahu Dia Akan..” – Song Joongki Kongsi Perkembangan Anak Lelaki Pertama

Macam tak percaya kan Song Joong-ki sudah pun menjadi seorang ayah kini?

Terbaru pada 22 September, Song Joong-ki telah menghadiri sidang akhbar untuk filem “Hopeless”, yang diadakan di Seoul.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu meluahkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai yang mengucapkan tahniah ke atas kelahiran cahaya mata pertamanya,

Ramai orang mengucapkan tahniah kepada saya. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada mereka. Berkat segala nikmat, anak saya sedang membesar dengan sihat.

 

song joongki

Sambungnya lagi dengan berkongsi perkembangan anak lelaki pertamanya itu,

Memandangkan ini anak pertama kami, saya masih seorang bapa yang baru dan isteri saya juga seorang ibu yang baru. Kami tidak tahu bahawa bayi itu akan membesar secepat itu. Dia telah banyak membesar. Saya rasa saya perlu meluangkan lebih banyak masa bermain dengannya dan membesarkannya menjadi seorang yang baik.

Mesti comel anak Song Joong-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...