Kadang kala, ada ketika kita akan melakukan sesuatu yang mungkin tidak disenangi orang lain tanpa sengaja.
Terbaru, Song Kang-ho telah memberikan nasihat pada Park Sung-hoon kerana satu kejadian yang berlaku ketika rakaman “Knowing Bros” dahulu. Pada ketika itu, pelakon “The Glory” tersebut telah mengajuk cara percakapan pelakon senior itu.
Dalam episod itu, Park Sung-hoon telah mengajuk suara Song Kang-ho ketika mereka berjumpa secara tertutup ketika Festival Filem Antarabangsa Busan. Pada ketika itu, Lee Byung-hun turut ada bersama di acara itu.
Biasanya, ajukan suara diambil dari dialog filem atau watak pelakon berkenaan, namun Song Kang-hoon meluahkan rasa kesal kerana Park Sung-hoon menceritakan perkara yang berlaku ketika perbualan peribadi mereka. Komen lelaki senior itu,
Mengajuk seseorang dari perbualan peribadi adalah sesuatu yang tak boleh dibuat. Saya agak terkejut dia menggunakan perbualan peribadi kami di dalam rancangan TV.
Tambahnya,
Saya tak marah tapi saya mahu menyampaikan kepada produser supaya Sung-hoon mengetahuinya.
Balasnya, dia ada menerima permohonan maaf dari Park Sung-hoon dan mereka baik-baik sahaja kini.
Selepas temubual ini dipaparkan secara umum, komen netizen,
Sepatutnya dia hanya mengajuk suara dari dialog filem sahaja. Kalau saya yang kena, saya juga pastinya terkejut.
Hmm.. salah faham sikit je..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.