Tak semena-mena pelakon Oh Ji-ho memohon maaf kepada Kim Yoo-jung baru-baru ini.
Semasa tayangan “Mr. House Husband 2” baru-baru ini, Oh Ji-ho berjumpa dengan Yoon Da-hoon, Kim Min-jong dan Lee Jung-jin dan bersembang mengenai pelbagi perkara.
Sudah pun 40 tahun berlakon, Yoon Da-hoon menjawab sama ada dia pernah mengalami kemurungan sepanjang kariernya,
Saya pernah menerima tawaran, namun ianya watak seorang ayah. Saya biasa membawa watak ayah sebelum namun ia masih terasa sedikit…
Oh Ji-ho yang memahami perasaan itu menjawab,
Saya pernah membawa watak seorang yang kahwin awal dan mempunyai anak berusia 7 tahun. Pada ketika itu, anak saya dilakonkan oleh Kim Yoo-jung. Saya tak sukakannya. Saya masih muda dan tak suka untuk membawa watak ayah.
Jelasnya lagi,
Sebab itu, Kim Yoo-jung merupakan antara pelakon kanak-kanak yang saya kurang memberi perhatian.
Pun begitu, Oh Ji-ho meluahkan rasa kesal kerana kelakuannya yang kurang acuh semasa penggambaran pada ketika itu.
Untuk pengetahuan, drama yang dimaksudkan Kim Ji-ho ialah nakshah mingguan KBS iaitu “Thank You, My Life” pada tahun 2006.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.