Jaranglah ada yang suka menjadi ipar dengan rakan baik sendiri kan?

Bukan sahaja kita malah pelakon Kim Bum sendiri menolak untuk menjadi ipar bersama Lee Dong-wook yang sama-sama sedang berlakon dalam drama “Tale Of The Nine Tailed 1938” kini.
Menerusi temubual istimewa bersama majalah ‘COSMOPOLITAN Korea’, lelaki itu menerima soalan cepu mas,
Kalau awak perlu kenalkan adik perempuan kepada seorang lelaki? Sama ada Lee Dong-wook sebenar vs Lee Yeon dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’.
Jawabnya,
Kalau saya tak suka keduanya? Saya tak suka dua-dua. Secara peribadi, saya sangat sukakan Lee Dong-wook tapi membawanya mengenali adik saya ialah satu isu yang lain.
Namun selepas berfikir sejenak,
Kalau perlu lakukan, saya akan memilih Lee Yeon dalam ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’.
Sambung Kim Bum,
Dalam drama, gumiho hanya melihat seorang sahaja seumur hidup apabila mencintai seseorang. Lee Dong-wook dalam kehidupan sebenar adalah sangat sibuk. Nak lihat wajahnya pun susah.
Dalam pada itu, “Tale Of The Nine Tailed 1938” ialah drama fantasi aksi mengenai rubah berekor sembilan (gumiho) yang cuba kembali ke dunia moden selepas ditarik ke tahun 1938 yang penuh kekalutan.
Cukuplah jadi sahabat baik..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉