Dengan populariti “Why Her?” yang kian mencanak, sudah pastinya ramai yang semakin jatuh cinta dengan teraju utamanya, Seo Hyun-jin.
Baru-baru ini, pelakon wanita itu telah menyertai temubual bersama majalah Harper’s BAZAAR Korea dan berkongsi pelbagai cerita mengenai dirinya.
Antara soalan yang ditanya ialah mengenai sebutan yang sangat jelas semasa berlakon. Katanya,
Kalau awak ketap gigi seperti ini, lidah awak akan stabil dan betul. Kemudian, apabila membuka mulut, sebutan awak akan jadi lebih baik seperti ini.
Dia juga menjelaskan mengenai panggilan ‘Ratu Komedi Romantik’,
Saya banyak kali berkata yang terdapat ramai ‘Ratu Komedi Romantik’ dalam negara ini. Terima kasih kerana memberikan saya gelaran itu.
Apabila ditanya aspek mana yang membuatkan dia cantik,
Saya tak pernah terfikir bahagian mana yang cantik. Saya rasa pantulan wajah saya cantik.
Seo Hyun-jin cantik lah kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.