Jessi telah mengeluarkan kenyataan rasmi permohonan maaf berhubung insiden serangan baru-baru ini yang melibatkan seorang peminat lelaki.
Terbaru, wanita itu meluahkan rasa kesal mengenai kejadian yang tular di serata laman komuniti Korea mengenai kejadian rakan taulannya dirakam melakukan serangan fizikal pada peminat lelaki berusia 18 tahun hanya kerana ingin bergambar dengan penyanyi tersebut.
Kisah itu semakin hangat diperkatakan memandangkan Jessi dilihat meninggalkan tempat kejadian tanpa menghentikan serangan itu. Tulisnya,
Baru-baru ini, semasa perjumpaan peribadi dengan kenalan, seorang peminat meminta untuk bergambar. Namun, kerana waktu sudah lewat malam, saya dengan sopan menolak dua kali. Pada saat itu, seorang individu yang berada berdekatan, yang saya berjumpa buat kali pertama pada malam tersebut, tiba-tiba menyerang peminat tersebut. Oleh kerana saya juga terlalu terkejut dengan kejadian tersebut, saya tidak sempat menunjukkan keprihatinan terhadap peminat itu.
View this post on Instagram
Akuinya, dia berasa kesal dengan kejadian berkenaan dan mahu bertanggungjawab,
Tidak lama selepas kejadian itu, syarikat rakaman saya dan saya telah menghubungi ibu kepada mangsa, dan kami sedang berusaha untuk memastikan bahawa mangsa menemui pelaku, menerima permohonan maaf yang sewajarnya, serta mendapat pampasan yang sepatutnya, dan pelaku dikenakan hukuman yang sesuai.
Dalam pada itu, Jessi meminta semua orang tidak melihat situasi ini berdasarkan berita yang dilaporkan sahaja dan berharap agar ia dipandang dalam pandangan kedua-dua belah pihak.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.