Ikuti Kami:

“Saya Tak Popular Dengan Lelaki” – Lee Dahee Dedah Tak Suka Bahunya Yang Lebar

“Saya Tak Popular Dengan Lelaki” – Lee Dahee Dedah Tak Suka Bahunya Yang Lebar

Dikenali kerana visual yang memukau dan badan yang tinggi lampai, macam tak percaya apabila Lee Da-hee mengatakan bahawa dia langsung tidak popular dalam kalangan lelaki.

Semasa rancangan “My Ugly Ducklings”, pengacara telah mengusik dan mengatakn yang pelakon wanita itu mesti sedar bahawa dia seorang wanita yang cantik. Tidak menafikannya, Lee Da-hee tersipu malu sambil mengakuinya,

Saya rasa saya memang cantik.

Walaubagaimanapun, wanita itu mengatakan yang dia langsung tidak terkenal dalam kalangan lelaki kerana dia bukanlah stail yang disukai mereka.

Saya sangat telus dalam meluahkan perasaan sendiri. Saya sangat ‘straight-forward’.

lee dahee

Meskipun tingginya sering dicemburui ramai namun Lee Da-hee mengatakan bahawa itu adalah perkara yang paling tidak disukainya.

Saya tinggi dan mempunyai bahu yang agak bidang. Sebab itu, apabila berat saya naik, bahu saya kelihatan lebar.

Tak sangka wanita secantik Lee Da-hee pun ada perkara yang tidak disukai mengenai dirinya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...