Sun-mi dedah ciri-ciri lelaki yang dia idamkan serta pengalaman percintaannya.
Tidak ramai selebriti yang berani untuk mendedahkan sejarah percintaan mereka, namun tidak bagi Sun-mi. Baru-baru ini Sun-mi telah membuat penampilan sebagai tetamu di dalam rancangan “Bam House” yang dikendalikan oleh BamBam GOT7 di mana mereka berdua berkongsi pelbagai pengalaman sebagai artis di bawah naungan JYP Entertainment.
Mereka juga turut membincangkan tentang ciri-ciri lelaki dan wanita yang mereka idamkan. Apabila ditanya, Sun-mi mengatakan bahawa dia menyukai lelaki yang berwajah panjang.
Katanya,
Saya suka lelaki yang berwajah panjang. Contoh macam Ethan Hawke, Matt Damon dan Benedict Cumberbatch.
Dalam masa yang sama, BamBam juga bertanya kepada Sun-mi, selain dari paras rupa yang kacak apa tiga ciri-ciri lelaki yang dia suka. Namun, Sun-mi mendedahkan bahawa dia tidak memilih paras rupa.
Penyanyi itu berkata,
Saya tidak memilih paras rupa. Malah, bekas kekasih saya semuanya tidak terlalu kacak. Saya suka akan lelaki yang romantik, penyayang dan seseorang yang saya boleh hormati. Jadi saya tak beberapa kisah tentang rupa.
Semoga Sun-mi dapat jumpa lelaki yang memenuhi ciri-ciri yang dia idamkan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.