Ikuti Kami:

“Saya Tak Pernah ‘Try’ Perempuan Dulu” – Dawn Kongsi Personaliti Diri Ketika Bercinta

“Saya Tak Pernah ‘Try’ Perempuan Dulu” – Dawn Kongsi Personaliti Diri Ketika Bercinta

Jarang sekali kan kita boleh nampak penyanyi Dawn, berkongsi mengenai perasaannya di khalayak ramai? Kali ini, Dawn tampil dalam satu rancangan hiburan dan berkongsi mengenai kisah percintaannya. Lain macam…

Dalam satu rancangan hiburan terbitan MBC iaitu “Radio Star”, Dawn dilihat tampil sebagai tetamu di samping Kim Jong-min, Honey J, Jo Kwon dan Meenoi yang mendominasi dunia tarian.

Menerusi rancangan hiburan tersebut, selain berkongsi mengenai perihal tarian, Dawn turut berkongsi mengenai kebahagiaan yang dia kecapi sehingga ke hari ini. Bercakap mengenai kebahagiaan sebenar, Dawn berkata,

Saya tidak mempunyai banyak emosi. Saya hanya berasa cukup gembira tetapi tidak terlalu gembira, sedih tetapi tidak terlalu sedih. Apabila saya debut, saya berasa gembira tetapi tidak terharu. Tetapi semasa berbaring di bawah cahaya matahari selepas menamatkan promosi saya baru-baru ini, saya berasa sangat gembira sehingga saya menangis.

hyunaDawn turut berkongsi bagaimana personalitinya sebagai seorang kekasih. Dia mengakui bahawa,

Saya tidak pernah mengajak seseorang keluar dahulu. Selalu orang lain yang mendekati saya dan kemudian kami becinta. Saya fikir ia adalah kerana saya tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

Oh… kalau macamtu, Hyuna ke yang ‘try’ Dawn dulu? Ha… korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...