Siapa sangka kan tuah Kim Jae-young terletak pada drama “The Judge From Hell”.

Baru-baru ini, Kim Jae-young telah terlibat dalam satu temu bual, di mana dia memberi respon tentang rating tinggi drama itu, yang pernah mencecah sehingga 13.6% di seluruh negara. Malahan untuk episod terakhirnya, ia berjaya mencatat rating 11.9%.
Respon Kim Jae-young gembira,
Pada masa lalu, saya rasa seperti impian saya sia-sia. Saya sentiasa bimbang kerana tidak pernah terlibat dalam drama dengan rating yang baik.
Sambungnya,
Apabila saya mula-mula melihat skrip, saya fikir ia akan menjadi drama yang menarik. Jadi, saya gembira dapat menjadi sebahagian daripadanya.
Kesimpulanya, jangan pernah putus asa!