Ikuti Kami:

“Saya Tak Pernah Diet..” – Choi Sooyoung Dedah Rahsia Dapatkan Badan Cantik

“Saya Tak Pernah Diet..” – Choi Sooyoung Dedah Rahsia Dapatkan Badan Cantik

Merupakan seorang pelakon dan penyanyi berbakat, Choi Soo-young juga sering meraih perhatian ramai dengan badannya yang cantik dan langsing.

Baru-baru ini, Soo-young telah muncul dalam program “Problem Child in House” sebagai tetamu, di mana dia ada mendedahkan rahsia untuk menjaga badannya.

Dalam siaran itu, pelakon “Not Others” itu berkongsi bahawa dia pergi bersenam di gim yang sama dengan Jin Seo-yeon dan Han Hyo-joo. Kongsinya,

Saya biasanya banyak bersenam ketika membuat persiapan album atau memulakan projek baru. Saya akan membawa watak sebagai ‘Kim Jong-kook perempuan’ dalam drama ‘When Make Your Wish’ jadi saya akan berkumpul bersama mereka pada setiap pagi dan bersenam bersama.

Kemudian, wanita itu turut mengejutkan semua orang dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah diet semasa aktif bersama Girls’ Generation,

Ketika saya debut, saya sangat kurus sehingga ramai tertanya-tanya bagaimana saya akan menari di atas pentas. Saya tidak pernah berdiet pada masa itu. Saya makan banyak makanan ringan pada lewat malam tanpa kawalan diet dan nampaknya saya banyak membakar kalori semasa aktif.

choi sooyoung

Sambungnya lagi dengan mendedahkan rahsia penjagaan diri,

Saya akan membetulkan postur badan saya dengan melakukan balet. Ia adalah latihan yang sangat baik.

Memang cemburu tau tengok badan Soo-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...