Ikuti Kami:

“Saya Tak Pernah Bercinta Dengan Selebriti” – Kim Jongkook

“Saya Tak Pernah Bercinta Dengan Selebriti” – Kim Jongkook

Benarkah Kim Jong-kook tak pernah bercinta dengan selebriti?

Dalam episod terbaru “Running Man”, lelaki berbadan sasa itu telah diasak soalan mengenai percintaan oleh ahli yang lain. Usik Yoo Jae-suk, adakah dia hanya mahu mengangkat berat sahaja atau ada menemui sesiapa menerusi DM di Instagram.

Kim Jong-kook yang terkejut menjawab bahawa selebriti harus menjauhkan diri daripada bertemu orang melalui DM,

Saya mahu bertemu orang secara natural ataupun melalui perkenalan sesama rakan.

Apabila Jae Suk mendesaknya untuk menyebut salah seorang bekas teman wanitanya kerana dia tidak mempercayainya,

Mereka juga mesti ada posisi tersendiri, saya mahu menghormati mereka.

running man

Mendengarkan jawapan itu, Yoo Jae-suk menebak bahawa bekas kekasihnya adalah selebriti. Nafi Kim Jong-kook,

Saya tak bercinta dengan selebriti.

Sampai bila-bila lah Kim Jong-kook kena..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...